Kisah Benar Penjara Pudu


Kisah pelik tapi benar di penjara pudu..Kisah dari Penjara Pudu Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakanbahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan “BILIK TERAKHIR” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati padan keesokan harinya dibilik gantung.
Di “BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit,bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis danbermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah “Bilik terakhir” itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri “Bilik Terakhir” itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigilketakutan namun beranikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan berkata…

“Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu” “Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa” “Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa” “Ha Ha Ha Ha Ha”

Jangan mara ha..Bulan puasa tak baik marah-marah. :)

7 Komen on “Kisah Benar Penjara Pudu”

  1. gantang berkata:

    buat penat je bc,hampeh tul…

  2. Eiza berkata:

    bengongggggnyeee wat suspend jekkk

  3. azx cream berkata:

    hahahahaaaaaaaaa~ bunguks!

  4. sue berkata:

    hehhe,,,,,,bjaya tarik minat baca smpi abiss,,,,
    hampeh tul dia niee

  5. wani berkata:

    aduh …nape tipu ya….saya ni peminat kisah penjara la…..konon2nya nak jd [egawai penjara tapi dapat keje alin la…

  6. Nice blog here! Also your site loads up very fast!
    What host are you using? Can I get your affiliate link to your host?

    I wish my web site loaded up as quickly as yours lol


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 408 other followers