Arkib

Archive for the ‘komputer’ Category

Generic Host For Win32 and Svchost.exe Error

671gb3o9c9fw1uw9ej9

Pada sesiapa yang pernah mengalami masalah seperti berikut :

  • Anda sedang menyusuri laman maya (internet la wey) tiba-tiba anda dapati anda tidak dapat teruskan niat anda kerana dengan sepantas kilat tiada connection internet berlangsung sedangkan di bawah icon internet kelihatan seperti ada sambungan.
  • Dan semestinya anda akan dapat error message seperti  “Generic Host Process for Win32 Services has encountered a problem and needs to close. We are sorry for the inconvenience.
  • Juga error message report tentang netapi32.dll dan svchost.exe.
  • Anda cuba untuk memutus dan kembali menyambungkan sambungan internet tetapi setelah itu icon internet anda telah tiada.
  • Dan mungkin tertera error message “Your PC has recovered from a serious problem” (haa..cuak2!!)

Cara penyelesaiannya :

Untuk bahagian Pertama

  • Periksa di bahagian registry editor dengan cara klik Start -> Run dan taipkan di situ ‘regedit‘, kemudian ok.
  • Kemudian klik di bahagian HKEY_LOCAL_MACHINE ->System -> CurrentControlSet ->Services ->NetBT ->Parameters
  • Di paparan Parameters itu tadi tertera di sebelah kanan anda segala macam mak nenek dan anda tidak perlu melihat kesemuanya hanya memberi perhatian pada ‘TransportBindName’
  • Klik dua kali padanya kemudian delete default value tersebut dan biarkan nya kosong

Untuk bahagian kedua

  • Cari HKEY_LOCAL_MACHINE ->Software ->Microsoft ->OLE
  • Anda akan mendapati bahawa String Value (sebelah kanan anda) itu : EnableDCOM
  • Setkan value tersebut kepada N (sediakalanya adalah Y)
  • Tutup Registry Editor itu dan Shutdown atau Restart PC anda.

p/s : Masalah ini hampir 2 mnggu menghantui hidup aku.Benar-benar menghantui.Haih!

Categories: komputer

Tips Lajukan Mozilla Firefox

Mei 30, 2009 s.h.a.m 5 comments

foxvsie

CARA PERTAMA

1. Buka Mozilla Firefox

2. Taip about:config di address

3. Right klik kat mana-mana pastu select New –> Integer

4. Paste kan nglayout.initialpaint.delay kat ruangan kosong

5. Setkan nilai kepada 300

CARA KEDUA

Senang lagi simple step ni. Tetapi kalau masih tidak berpuas hati, boleh cuba cara yg ke-2 seperti dibawah…

1. Buka Mozilla Firefox
2. Taip about:config di address
3. Carikan item seperti dibawah:

network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequest

4. Double klik dan tukarkan dari false kepada true seperti:

network.http.pipelining false—>true
network.http.proxy.pipelining false—>true
network.http.pipelining.maxrequest —>30

5. Sekali lagi buka Mozilla Firefox

6. Taip about:config di address

7. Right klik kat mana-mana pastu select New –> Integer

8. Paste kan nglayout.initialpaint.delay kat ruangan kosong

9. Setkan nilai kepada 0

10. Restart Mozilla Firefox

Selamat mencuba…

Categories: komputer

Theme untuk XP (visual style)

Februari 10, 2009 s.h.a.m 6 comments

Layar punya layar punya layar terjumpa la Gaya Visual untuk windows XP.Betulkan ayat layar tu?? Agak menarik juga designnya mengikut preview yang diberi.Tidak rugi jika kita mencuba. Pada pengguna Vista anda hanya perlu senyum kepada pengguna XP.Mereka juga mahu design yang menarik.

Klik pada gambar untuk mendownload theme tersebut.

1. Alduin 2

11

2. eno vs

2

3. Kupo Finale for XP

3

4. Just a Style

4

5. Season Finaly

5

6. EmBlue Visual Style

6

7. Eres VS

7

Categories: komputer

Internet Download Manager v5.15 build 5 + patch

Februari 7, 2009 s.h.a.m 8 comments

Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan dan juga request dari pelbagai pihak terhadap aku tentang bagaimana untuk mendownload video, ini adalah salah satu software yang membolehkan anda semua mendownload mengikut kata hati anda yang suci lagi murni itu.Tidak termasuk untuk mendownload video-video yang mengandungi unsur-unsur tidak baik.hehe.

Mari aku bagi sedikit penerangan kepada sesiapa yang mahukan penerang hati untuk IDM ini.Ia merupakan satu software untuk download apa-apa saja dari internet.Dengan kata lain membantu kadar muat turun sesuatu muat turun.Memang ada version yang sebelum ini dikeluarkan akan tetapi versi ini lebih memudahkan lagi pengguna untuk mendownload video dari laman web seperti youtube dan sebagainya.Lepas ni download la keje korg.haih~

contoh nya adalah :

example1

Ok.Ini adalah link untuk anda mendownload terlebih dahulu software berkenaan -> Internet Download Manager v5.15 build 5 + patch

  • Setelah extract folder tersebut, klik folder itu dan double klik pada file idman515f.exe untuk install.
  • Selepas selesai installation, tutup dahulu. Kita ingin patch nya pula.

example2

  • Copy patch dari folder yang baru sahaja didownload pastu paste pada folder asal IDM di’install’kan iaitu di   C:\Program Files\Internet Download Manager
  • Double click pada patch, kemudian tekan butan patch pada paparan yang ditunjukkan.

example31

  • buka idm, kemudian pergi downloads -> option -> file types , kemudian kosongkan kawasan seperti dibawah.

example4

PERHATIAN !!! :
1) Jangan sesekali update IDM secara online. Jika diminta, cancel kan!!.Ini untuk mengelakkan fungsi patch tadi tidak lagi berfungsi.

Sekian sahaja kepada yang request..selamat mencuba.

Categories: komputer

Cara Mudah Untuk Addressing

Februari 7, 2009 s.h.a.m 3 comments

2258697694_0213d4d284

Holla..ipekriyente..artolusto koproyami nabulusto..maksud nya selamat bertemu kembali.Jika tidak faham sila abaikan kerana ia tidak membawa apa-apa makna.Akan tetapi apa yang akan aku sampaikan begitu bermakna kepada kalian sekelian.wazzap..wazzap..aha~

Aku jamin ada yang ingin menaip sesuatu alamat kalian akan menaipnya secara tulus ikhlas iaitu dengan cara menaip penuh laman web yang ingin ditaip bukan? sebagai contoh..www.friendster.com..kan panjang dan tidak tercapai jarimu jika ingin mencapai kekunci yang agak jauh dari jari-jemari.

Oleh itu di sini aku ada beberapa tips untuk diketengahkan di ruangan post ini bertujuan untuk sama-sama meningkatkan lagi daya saing menaip carian yang kalian inginkan supaya tidak lagi kedengaran kata-kata seperti..”depan tu kena ada www tau..jgn lupe plak..” ataupon..”oi..ada .com r..”.

Ok.Lurus menuju titik ataupun strait to the point..sila beri perhatian :

1. untuk .com di hujung -> sila taip hanya nama alamat diikuti CTRL+ENTER.
2. untuk .net dihujung -> sila taip hanya nama alamat diikuti SHIFT+ENTER.
3. untuk .org dihujung -> sila taip hanya nama alamat diikuti CTRL+SHIFT+ENTER.

Selepas kalian menukar cara carian tadi akan ada kedengaran seperti..”Halamak..mane ko tau bnda ni?”..ataupun..”Tak sangka plak ada cara macam ni”..ataupun..”Power sial ko bab-bab IT ni”..jangan berangan lebih-lebih.Itu sahaja yang bernas diperkatakan setelah tahu tips ini.Terima kasih dan mempromosi blog ini adalah yang paling wajar di sebut.

Satu lagi, apabila tulisan sesebuah laman web yang terlalu kecil bg kalian, usah sesekali mengherdik ataupun memberi kata-kata yang kesat kerana ia boleh menambahkan pahala kepada pembikin web tersebut kerana ia boleh diubahsuai mengikut selera sebesar mana yang tulisan anda kehendaki.Dengan cara :

Hold CTRL dan SCROLL UP mouse anda.

Sekian, terima kasih.

p/s : klu ada yang bertanya klu .com.my di hujung jawapannye..”sampai sini je cikgu ajar..bile nk smbung .com.my tu tibe2 cikgu meninggal..innalillah..” hehe..

Categories: komputer

Copy to..Move to..

Januari 4, 2009 s.h.a.m Tinggalkan komen

Entry kali ni aku nk share satu cara bg memudahkan aktiviti pengkomputeran anda.

Klu korg nk copy sesuatu fail korg wat cmne? Copy or Cut kan? Kt sini aku nk share cmne cara senang nk copy or cut(move) fail korg tu.

Tp ape2 pon korg kena download lu software die.Nama software cm besar kan? tp sbnrnye kecik je..0.79KB.So xyah gusar gundah gulana untuk mendownloadnya.

Ni die link die – > download here

Dalam ni ada 2 file..satu copy to satu lagi move tu..mcm biase..double klik je klu nk install.

Screenshot aku kasi skali.

Installation

untitled-2

untitled-3

After

untitled-1

Sorry screenshot kecik..agak2 korg r eh..mls nk betol kan..hehe

Selamat mencuba~ =p

Categories: komputer

Pc or Laptop ‘Hang’ masa startup

Disember 29, 2008 s.h.a.m 3 comments

Heyho~sori sb lama aku xupdate blog..mklum la kan..musim cuti..so update blog pon cuti..
So..ni die post terbaru utk Sem baru..hehe

Rs2 korg pon pernah mengalami masalah ni kan? bile kite nk start pc or laptop kdg2 die jadi tergantung atau dikenali sebagai ‘hang’..(xtermasuk Hang Tuah dan Hang Jebat)..dlm bahasa laen nye ‘Lagging’..ataupun tersekat..kan? msti korg penah..

So ini ada cara yg berkemungkinan boleh mengurangkan ataupun mnyelesaikan masalah anda sekaligus terus memberi komen yg positif terhadap post ini dengan memberi komen yg sewajarnya penulis post ini dpt..hehe

Aplikasi ini dimana ia menyekat untuk kite mengakses Start button ataupon taskbar, mngkin ia merujuk kepada ‘Background Intelligent Transfer’ run kat background.Aha..melopong korg membaca nye sb xtau kan? aku pon..hehe

Oleh karna demikian rupa..di bawah ini adalah cara2nya :

• Klik Start ->Run, taip ‘msconfig’, pastu klik  ‘OK’.
• Pergi ke  tab ‘Services’ , carik smpai dapat  ‘Background Intelligent Transfer’ service.
• Disable kan nye, apply the changes dan seterusnya restart pc or laptop.

untitled-1

Lihatla hasilnya..selamat mencuba..xjadi jgn mara..ini adalah salah satu cara..hehe

Selamat mencuba~

Categories: komputer

Apa itu “thumbs.db” ?

November 17, 2008 s.h.a.m 1 comment

Aku ley sure yg sesiapa yg gunekan windows XP msti slalu je jmpe directories yg bernama ‘thumbs.db’ kt satu2 folder. Fungsi nye adalah untuk melajukan penggunaan thumbnails bile korg nk view folder tu dlm thumbnails view.

Saiz thumbnails ‘thumbs.db’ sebenarnye sgt kecik klu di ukur secara berseorangan akan tetapi klu di kumpul secara gerombolan sudah semestinya akan menjadi kan bilangan yg besar bukan?..haha..bukan ape..ni pon salah satu dari pembaziran ruang pd hard disk korg..mane yg nyawa2 ikan space hardisk korg tu aku cdgkan buat la kaedah ini..dengan membuang ‘thumbs.db’ ini di hard disk anda..

Untuk nk delete cube kaedah ini :
1. Bukak My Computer
2. Klik Tools
3. Klik Folder Options
4. Klik View tab..yg kt atas tu..
5. Tick kat “Do not cache thumbnails”
6. Klik Ok
7. tutup My Computer

Sekarang ikot step ni untuk nk buang thumbs.db kt hard disk korg :
1. Klik Start
2. Klik Search
3. Klik “All Files and Folders”
4. Taip thumbs.db kt ruang “all or part of the fiele name”
5. Kat bhgian Look In pastikan “Local Hard Drives” dipilih.
6. Klik Search
7. Akan keluar list thumbs.db, pastu select all
8. Klik kanan and then ape lagi..delete..settle!

Ni utk pengguna XP..pengguna Vista aku akan updatekan nnti..Lepak lu ke vistarian! hehe

Selamat Mencuba~ :)

Categories: komputer

Mari Mencuci Keyboard~

November 16, 2008 s.h.a.m 4 comments

Okeh..sblm2 ni aku ada share psl fotoshop sume2 kan? kire tutorial fotoshop la..tp utk entry kali ni..tutorial mcmane nk bersihkan KEYBOARD..korg konfem tekejut di sebalik keyboard korg sebenarnya terdapat lagi bahan2..makanan..mahupun bnda2 yg tersorok..silap aribulan ada makhluk tersembunyi..hahaha

Aku rs korg xpenah cuci keyboard kan? Skang aku nk share cmne caranye..

keyboard-bag_w

Masa : Paling kurang 2 jam klu korg lembab!
Alatan : 1) Screwdriver kecik/halus (lebih baek pkai yg Flat head),
2) 2 kain lembut
3) pencuci (ape2 je yg ley cuci klu korg rs perlu..paling senang air je sudey)
4) berus halus @ berus warna

Paling penting..korg hapal la susunan huruf2 kt keyboard tu..ha? susah kan? tangkap je gamba keyboard tu..settle!..

Langkah Pertama : Perlahan2 masukkan screwdriver kt key pastu try cungkil key tu kuar. Keyboard yg dsc00300bagus buatan nye akan senang dikeluarkan. Keyboard yg cap ayam buatan nye akan susah dikeluarkan. Mgkin juge sekali cungkil abes hancur key tersebut. Oleh itu buatlah selembut sutera untuk mengelakkan dari kemalangan dan pengeluaran duit untuk membeli keyboard baru.

Langkah Kedua : Setelah key2 tersebut keluar dari sarang nye..cucilah plaform keyboard tu dgn berhati-hati bersama2 dgn agen pencuci yg dituangkan ke kain tersebut..ala..mcm iklan lap meja korg pkai ‘dettol’..klu xde pkai je air biase..Lap satu persatu key tersebut dan di akhiri dgn lap dgn kain yg satu lagi. Yg kering tu.Ingin di ingatkan..jgn sesekali lalukan air tersebut di rubber setiap key. Ini untuk mengelakkan dari key korg xdpt di detect.hati2 ya!
dsc00304
Langkah Ketiga : Amek berus kecik/berus warna atau pun kain sekali lagi upacara membersihkan di lakukan mengikut sukati korg. Time ni korg akan dapati rambut atau bulu2 yg tidak sepatutnye berada di keyboard anda.haha!

Langkah Keempat : Dah siap! so korg ley pkai da keyboard. haa..tau pon..pasang balek la key yg korg wak kuar tu..gotcha!! hehe

aha..da siap da tutorial ini..so ape lagi..selamat mencuba dan selamat beramal..hehe

ubuntu-full-keyboard-slantuntuk pengetahuan..tu bkn keyboard sy..tu sume gambar2 hiasan..

Categories: komputer

kasi laju IE

Xtau ar menjadi x kat korg nye pc..slalu komplen TENET lambat..TENET slow..din slalu ckp kat aku..ni salah satu langkah utk lajukan IE (internet explorer)..

  • klik start > run
  • taip regedit -> enter
  • carik folder HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\InternetSettings
  • right klik kat window belah kanan tu -> New -> DWORD
  • taip MaxConnectionsPerServer -> set kan value 999
  • create satu lagi DWORD -> taip MaxConnectionsPer1_0Server -> set juga value 999
  • pastu restart la IE tu…tgk laju ke x..

*untuk set value DWORD tersebut sila klik kanan >> modify >> pastu klik Decimal >> enter value

ni salah satu cara je..klu xjadi jgn mara haaa…:)

Categories: komputer