Ga-G

Oktober 9, 2009 s.h.a.m 2 comments

data

Ustaz aku pernah cakap masa aku muda-muda dulu..

Kita sebenarnya tidak sama sekali meletakkan kesalahan semata-mata ke atas bahu pencuri atau perompak tersebut kerana mencuri. Kerana adakalanya mereka melakukan perkara sedemikian kerana terdesak.Mungkin atas sebab keluarga, masalah kewangan, kerana keterpaksaan situasi, kekangan ancaman dan sebagainya.

Aku pulak nak cakap..

Sape nak join aku rompak bank? Gaji aku tak dapat-dapat lagi.Entah ape lama sangat proses aku pon tak tahu..Aku tak ada duit ni..cmne gua nk idop ni?

Siapa-siapa yang mintak aku belanja..meh aku sepak sekali..itu aku belanja

Categories: Uncategorized

(software) Borak-Borak Guna Jari

Oktober 9, 2009 s.h.a.m 3 comments

digsby_logo

Semalam aku baru dapat software baru untuk para penggiat chatting atau penggiat laman sosial.Di mana dalam satu window seperti yahoo messenger boleh kita capai seperti laman sosial FB chat atau MSN atau Google Talk.

Software ini juga dapat support e-mail notifications dan alerts dari MySpace, Facebook, Twitter dan LinkedIn.

Cakap banyak tak guna jadi silalah cuba software terbaru ini.

1_blists

2_convo_themes

Lawa kan? Nak download software ini klik sini

maaf kepada yang suggest kat aku dan dia yang menjumpai software tersebut..beri tepukan kepada saudara gantang

Categories: Reviu

Lawak Yang Paling Jahil Dan Bodoh

Oktober 3, 2009 s.h.a.m 2 comments

Aku percaya siapa yang tengok lawak ini akan rasa sangat malu dengan lawak yang cuba di pertontonkan.Lawak orang yang tak bertamadun dan tak berilmu tentang Islam

Kan? Aku rasa siapa punya idea ini patut ditembak.Aku tak rasa ada lagi orang yang jahil macam lawak ini

  • Doa qunut tak reti baca
  • Iqamah boleh pulak ditakbir rayakan,
  • makmum yang ada boleh pulak tengok sesama sendiri masa sembahyang
Categories: Uncategorized

Automated Car Parking

Oktober 2, 2009 s.h.a.m 2 comments

Siapa nak teknologi ni kat Malaysia, angkat tangan!!

Categories: Uncategorized

Sampai bila?

Oktober 1, 2009 s.h.a.m Tinggalkan komen

“Dari hari ke hari hidup aku sebagai pekerja semakin bosan.Hujung minggu aku dihabiskan dengan lepak di bilik sehingga mati kutu.Di pejabat macam- macam ragam dapat lihat.Dari jijik hingga ke indah-indah belaka.Kalu dah sekali indah..tak senang duduk la jawabnya.Sedikit demi sedikit aku nak menyusun tatacara hidup tidur aku.Tapi boleh ke ha?

Macam mana lagi aku nak buat?”

-  ayat-ayat kesian menghantui hidup di hujung-hujung bulan

Bos..bila saya nak dapat gaji bos? Duit tak ada..semangat pon hilang.

Categories: own

Tragedi September

September 23, 2009 s.h.a.m 4 comments

Pada hari 19 hb september 2009 bersamaan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, satu kejadian kemalangan telah berlaku di KM tidak berapa tahu Pasir Penambang, Kuala Selangor.Dimaklumkan bahawa kemalangan itu melibatkan 2 buah keluarga masing-masing berkenderaan Proton Waja dan Toyota Unser.

proton waja

Photo 0022

Kedua-dua kenderaan tersebut dipercayai berada di laluan yang sama di mana Proton Waja tersebut dengan tidak semena-mena melanggar Toyota Unser tersebut yang berada di dalam keadaan pegun iaitu tidak bergerak.Difahamkan Toyota Unser itu berhenti dengan secara tiba-tiba lalu Proton Waja terus menerjah ke b****t Unser tersebut.

Dan ini adalah bukti kejadian itu.

  Read more…

Categories: own

Salam Lebaran Aidilfitri 2009

September 18, 2009 s.h.a.m Tinggalkan komen

Salam Lebaran Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri aku ini

Maaf Zahir Batin aku pinta jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan anda dengan saya.

Dengan harapan semoga raya tahun ini memberi seribu makna

dan juga perubahan yang dirahmati oleh Allah S.W.T

Selamat_Hari_Raya_by_Nuppy

Selamat Berpuasa, Selamat Menyambut

HariRaya, Selamat diri terjaga,

Selamat semuanya

Categories: Uncategorized

Lagu Raya lagi

September 15, 2009 s.h.a.m Tinggalkan komen
Categories: Uncategorized

Pukul

September 15, 2009 s.h.a.m 3 comments

Pergi kerja pukul 730pg 805 jugak sampai

Rehat pukul 100ptg-200ptg 230ptg jugak masuk kerja balik

Balik kerja pukul 500ptg 530 jugak sampai bilik

Pergi beli juadah berbuka pukul 630ptg pukul645 jugak baru gerak

Berbuka pukul 720mlm 715mlm baru sampai bilik

Nak tido pukul 1200tghmlm 400pg jugak baru boleh tido

Sahur pukul 400pg 200pg jugak pergi sahur

Nak tido balik pukul 300pg pukul 5 jugak baru nak tido

Bangun pukul 715pg 745pg jugak baru bangun

Sambung balik dari atas..

.
.
.

Siapa nak pukul aku?

Categories: Uncategorized

Nama Baru

September 6, 2009 s.h.a.m 2 comments

Juri pemilihan untuk pemilihan nama gelaran untuk mohd hisham hashim telah pun membuat keputusan.Ini bertujuan untuk menaik tarafkan lagi si penama tersebut demi kesejahteraan beliau.Untuk tidak membuang masa lagi saya mengumumkan bahawa nama yang terpilih pada tahun 2009 ini adalah..jeng jeng jeng..HH!

Dipersilakan tuan punya nama sendiri untuk merasmikan panggilan nama yang baru ini.

Dengan ini..beta..merasmikan panggilan kepada beta sendiri iaitu HH. Semoga mendapat kerahmatan dari Ilahi’

Pom..pom..bum..bum..!! bunyik meriam sebanyak 23 das sempena umur HH.

Categories: own