Simpang


(Untuk mendapat feel sila baca dlm keadaan gelap dan sunyi)

Pada suatu hari, aku keluar menaiki moto mencari sesuap nasi ketika di awal pagi.pukul 10 tu kire pg la ye. Sedang menanti lampu isyarat menunjukkan isyarat lampu hijau, tiba-tiba ada sebuah kereta di sebelah aku menurunkan tingkapnya bertanya,

“Eh apa blend u punya shirt ar.?”

Oleh kerana perlu membuka helmet jika ingin menggaru kehairanan, aku mengambil keputusan tidak membukanya tetapi terus menjawab soalan yg diberi..

“Huh? Err… Diesel. Kenape?” sambil membelek-belek baju belang ku kerana khuatir pemandu tersebut hanya ingin memperli.

“Talak papa, lawa la dia punya color.” jawab cina yg muke nye mcm india.cindian kot.

Selepas selesai membuat urusan di mapley, aku pun berhenti sekali lagi di lampu isyarat tersebut. Sebuah motosikal pulak berenti sebelah aku. Dia bertanya,

“Bang, bangi lama kat mane?”

“Ha..amek kanan, terus je sampai hujung. Tgk ada kampung cm kampung lama2 tu la bangi lama.” jawabku yg tidak berapa pasti tp konfiden!

Sambil mengangguk, dia pun berlalu pergi.
Setibanya aku di rumah, aku membuka baju kerana panas. Maka tersedarlah aku bahawa tertampal kertas A4 di belakangnya “ASK ME SOMETHING!”.

HAHA, part baju itu aku tipu. Pengaruh filem-filem seram yang kuat membuatkan aku berasa sesuatu yang mistik berlaku.

Mungkinkah anda mangsa seterusnya? Mungkinkah junction tersebut pada suatu ketika dulu pernah menjadi tapak kaunter pertanyaan? Pernahkah anda mengalami peristiwa yang tak seberapa mistik?

Jangan biarkan diri anda diselubungi…misteri…

(disambut dengan bunyi-bunyian yang seram~~)



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s