Photoshop Tools Basic


Yezza..jmpe lagi kite dlm rancangan ape? Kreatif Potosop bersama abg sham..heheh..

Entry kali adalah bkn utk belajar skill baru..tp nk kenalkan pd anda semua nama2 yang pnting utk korg igt dan paham kegunaannye. Khas nya pada sesiapa yg terlupe atau mane yg xtau nama sbnrnye tool2 yg korg pkai..maen pakai je ek?..haih!

Dan juga utk kesenangan si penulis..uhuk..uhuk..terbatuk plak..hehe..jika entry2 lps ni ada menyebut tool2 yg di sebutkan ini..nk senang korg refer la balek post ni..

Rujuk pada ruang ‘application plate’ sebelah kiri anda ye~ xpun refer imej ni carik la yg fotoshop anda..

Marquee Tools (M)
Alatan ini adalah untuk memilih kawasan dalam bentuk petak. Selaen itu bentuk laen pon boleh di pilih dengan cara ‘hold’ klik anda di situ dan anda akan dapati byk lagi bentuk2 yg bersesuaian. Untuk mendapatkan ukuran petak yg sama square nya..anda hanya perlu tekan SHIFT smbil meng’adjust’ petak tersebut.

Move Tools (V)
Alatan ini adalah untuk memilih atau mengubah imej yang sedia ada di paparan. Ingin di tegaskan di sini bahawa biasakan klik di sini setelah sebaik sahaja memilih sesuatu alatan. Ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.

Polygonal Lasso Tools (L)
Ini ialah Lasso Tool tetapi ia dalam bentuk poligon. Anda jga boleh memilih mengikut kesesuaian kerja anda dengan cara ‘hold’ klik anda dan paparan untuk memilih akan keluar.

tool_basics4Magic Wind(W)
Magic Wind adalah salah satu peralatan untuk memilih bahagian yang kita kehendaki. Ia lebih senang digunakan untuk memilih bahagian yang besar.
Untuk pengguna baru, anda seharusnya belajar menggunakan Magic Wind terlebih dahulu kerana ianya peralatan basic didalam photoshop.


tool_basics5Crop Tools (C)
Crop Tool
ialah sebuah alatan yang amat mudah digunakan. Ia digunakan untuk memilih kawasan  yang kita kehendaki sahaja. “crop” bermaksud memotong. Pada kebiasaannya, crop tool digunakan pada langkah terakhir. Penggunaanya adalah sama seperti Rectangular Marquee tool.
Anda hanya perlu menekan butang [enter] untuk memotong mana-mana bahagian pilihan anda.
Untuk pengguna baru, peralatan ini tidak berapa perlu. Ia menglibatkan kawasan dan size sesuatu projek.


tool_basics6Slice Tools (K)

Peralatan ini biasanya digunakan untuk membuat website ataupun mengecilkan gambar yang besar. Ia merupakan peralatan yang amat sukar digunakan.
Untuk pengguna baru, peralatan ini tidak diperlukan.


tool_basics7
Healing Brush Tools (J)

Peralatan ini amat berguna. Ianya tidak terlalu sukar untuk digunakan. Penggunaanya ialah sama seperti Brush, tetapi ia digunakan untuk membaiki kerosakan pada gambar. Hanya pilih cursor yang dikehendaki, tekan [Alt] dan arahkan pada tempat yang anda kehendaki. Ia biasanya akan menyalin dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sekian sahaja utk kali ini..yg dipaparkan di atas adalah tools yang biase digunekan. Jadi pada sesiapa yg xtau ape term2 yg sy keluarkan selepas ini rujuk la post ini. Mane yg xtau lg..memang bengap la korg! haha


7 Komen on “Photoshop Tools Basic”

  1. eiza berkata:

    incik. blog neh telah elamat sy bookmark. sgt suke~ ;))

  2. s.h.a.m berkata:

    huhu..trima kasih di atas sokongan kwn2 sy..lebey2 lagi klu ada org yg mem’bookmark’ kan blog sy ini..trime kasih sy ucapkan..pssst..jpg sy blnje eskrem..nk? ahahahahha

  3. eiza berkata:

    hehe~ sy maw pizza!😛

  4. s.h.a.m berkata:

    boleh2..cume tgglkan hari dan waktu utk dibooking kuar mkn..haha

  5. eiza berkata:

    eheh. sikijap sy nak check dgn PA sy. haha😛

  6. mellelehleleh berkata:

    ha?bookmark je dpt mkn pizza?syoknye!

  7. […] Bagi mereka yg nak refresh balik nama2 tool dalam fotoshop ni klik sini -> Tools Basic […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s