Melayu Punya Cerita (drama)


  • Cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29″, Home Theatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat homework ker? Pergi la tengok rumah awek kilang kat Sungei Wang tu).
  • Rumah orang kaya pulak macam dah jadi trademark. Mesti ada driver, orang gaji, kereta merc, rumah pintu pagar auto, makan lauk pauk penuh meja, pinggan mangkuk berjenama, makan bersudu, sarapan pagi minuman oren, roti bakar. Pendek kata, melampau-lampau gaya mewah kehidupan yang dipaparkan.
  • Cerita polis pula, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensik,dialah jadi pathologist, dialah yang pergi ambush. Semuanya dia yang buat. Dialog pakai bahasa baku. “Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan”. ” Betul cadangan awak itu.. Kita bertindak sekarang”.  Lucu dengar ayat-ayat mereka. Terlalu formal. Cerita GERAK KHAS tu, cuba tengok stail polisnya. Sama saja.
  • Kalau cerita berkenaan pembinaan, bawa satu pelan gulung, pakai topi kuning, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah bina, bincang dengan ‘kepala’. Indon complaint kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning untuk pekerja buruh la bang). Stereotaip betul, amat membosankan.
  • Adegan doktor di wad periksa pesakit. Ambik fail hujung katil,selak- selak. Dialog wajib: “Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat.” (Woi bang, tengokla cerita ER tu, doktor ada medical terms dia). Doktor drama MELAYU gitulah. tak buat research mendalam .
  • Adegan di rumah kampung. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju, orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah. Adegan di kampung pulak teramat lah pelik dan sukar di terima akal. Malam buta, tingkap umah masih terbuka!
  • Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, buka pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

Melayu punya cerita.Anda yg menonton.Anda yg merasa.Anda yg terfikir.Terfikir apa? Lu pikir la sendiri..hehe

Sekian..

Credit to http://www.hafreze.com


4 Komen on “Melayu Punya Cerita (drama)”

  1. mellelehleleh berkata:

    ele..besela tu..bru de identiti sndri,,huhu!

  2. syarat berkata:

    salam sham. aku mmg bace post ni. menarik!

    apa lagi dalam pala tu.. kasi luah kat sini la. seronok la.

  3. jijah berkata:

    hisham…
    hahaha…
    melayu..
    skeptik…
    Ntah la..

  4. ondscene.sham berkata:

    aku tercari2 jugak kalu ada yg buat entry mcmni, akhirnya terjumpa juga.
    kalau nak ikutkan, mau je baling tv dlm lombong, tapi bodo la pulak, kita yg rugi.
    cerita/drama melayu memang bagi aku, tak layak langsung utk disiarkan, dan jika ditulis, beratus lagi senarai yg ada.
    yg pasti, kalau adegan makan takde ,tak sah.
    anak akan maki mak/ayah
    gf/bf bersikap kurang ajar
    pekerja akan potpet2
    bos selalu maki2 pekerja
    dan paling byk ialah kisah2 cinta bangang diselangseli dgn ayat2 kurang ajar, biadap dan memualkan dan langsung tiada hormat antara manusia.
    aku tak pernah tgk drama melayu sebab membuatkan aku rasa nak bagi penampor je pada penerbit, pengarah,pelakon dan siapa2 yg terbabit.
    BODOH BAGHAL. memang aku nak luah ni, sebab berbuku da lama…!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s