Nada Suara Berdering Di Kala Pagi


dsc00464

Beberapa hari yang lepas, tertampal nya sehelai kertas seperti yang tertera di atas. Setelah diteliti barulah perasan. Pada malam sebelumnya nada suara kami telah dinaikkan di bawah pengaruh sedar. Hanya keseronokan yang disedari. Malam sabtu kami dihiasi perlawanan PES 09. Sudah lama tidak bermain di PC sahabat aku, Haziq a.k.a Pika.Sedap nama itu. Terima kasih pada yang memberinya.

Jadi aku sebagai salah seorang penyumbang nada suara pada malam berkenaan ingin memohon maaf jika nada suara kami tidak semerdu yang saudara harapkan. Jangan bimbang kami akan membuat latihan lagi sekali jika ada kesempatan. Tapi kami hanya berbuat demikian pada waktu cuti sahaja. Jika saudara berkelapangan dan tidak membuat apa-apa hanya bangun tidur makan minum pergi toilet kemudian masuk ke bilik kembali silalah join aktiviti kami yang tidak seberapa ini. Bosan juga kalau mengadap board dan kipas syiling di waktu cuti.Kan?

Terima kasih kerana susah payah penat saudara membuat flyers tersebut. Tahun hadapan bolehlah mengisi borang JAKSA kolej untuk meneruskan niat saudara yang murni lagi suci untuk membuat pengumuman tersebut bagi meredakan ketinggian nada suara penduduk sekitar.

Untuk kejadian malam tadi boleh lah saudara mengumumkan kehadiran babi-babi hutan di sebelah blok ini.Kerana ada 3 orang saksi telah melihat sendiri kejadian babi hutan yang seramai 6 ekor itu singgah di gelanggang raja lawak badminton belakang blok saudara itu sehinggakan salah seorang dari saksi telah pun menitiskan air yang dikandung nya. Oh..bukan di situ, tetapi di tandas blok tersebut.

Harap, Allah lindungi saudara.

NADA SUARA : rancangan klip video lagu-lagu tamil TV2 masa zaman sekolah aku dulu


7 Komen on “Nada Suara Berdering Di Kala Pagi”

  1. mawarkhayalan berkata:

    haha..padan muke ko kne sound..nah..ko dh kne tag..pdan muke ko ag..hak3..

  2. Izad berkata:

    kene sound siot…bek ko masuk jer one in a million atau af7 atau mystarz lg atau apa2 jer la pertandingan suara sumbang..hahaha

  3. gantang berkata:

    nnti kte main ag…hahaha…
    kecoh punye olang,lol..

  4. hanim delaila berkata:

    huahua..
    tu arr memekak lg..
    rancangan nada suara tu feveret anim sblm gi skolah agame.. ;P

    p/s: Zeke a.k.a Pika..comeiiinye..huahua

  5. juejue berkata:

    p/s : sampaikan salam sy pada P.I.K.A ye..rindu la kat die…mmmmuuuaaahhahaa =P

  6. epi7 berkata:

    haha pdn muke kne sound
    haha pdn muke aku gak
    cz aku pon brada di tmpt kejadian
    muahahahaha

  7. zeke™ berkata:

    hahaha..kne sound..
    pdn ngn muke kite..ngeh3!!

    cik hanim delaila n cik juejue 2 apsl lari topik lak ni?
    xde P.I.K.A kt sini..sori ye..haha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s