Selamat Hari Lahir Mohd Hisham


761388474l

Nama Mohd Hisham Hashim mungkin sudah lama terpahat di kalangan sahabat-sahabat aku di Universiti Kebangsaan Malaysia.Bermacam-macam gelaran mungkin terkeluar dari mulut mereka bila mana nama aku disebut.Terima kasih kepada yang masih lagi mengingati.Terima kasih pada mereka yang masih lagi memerlukan aku.Terima kasih segalanya.

dsc_0036

(Klik gambar untuk paparan yang lebih memuaskan hari)

Post khas buat aku sendiri.Tak ada apa yang menarik cuma sengaja aku mengenangkan kembali kenangan-kenangan manis di UKM.Dari tahun satu sampai tahun akhir.Tahun akhir bakal menjelma dan ia sememangnya mengharapkan yang manis.

Memang panjang dan aku memang sengajakan nya untuk tatapan aku sendiri atau pun pada sesiapa ingin mengetahui.Terselit sedikit gambar-gambar untuk merehatkan mata untuk membaca.Kenangan dari bentuk gambar saja boleh buat aku didatangi pelbagai ekspresi dan emosi.

Julai 2005 aku daftar di UKM. Bernombor K11A 217 menjadi bilik pertama di Kolej Burhanuddin Helmi sebagai tempat berteduh untuk belajar di sini.Pertama kalinya aku menjejak kaki ke sini untuk menyambung belajar. Ingat kembali seorang senior yang bernama Samarina atau lebih manja di panggil Kak Sam datang menyambut aku sekeluarga naik ke perbukitan Burhanudin Helmi ini.Kedengaran slang kelantan nya itu menggamit perasan teruja bercampur gugup untuk meneruskan hidup di sini.

1st-year1

Aku bermula perlahan.Aku mula menerokai selok belok hidup sendiri di tempat org.Kenangan matrik aku ambil untuk dijadikan panduan hidup di Universiti.Macam-macam perangai, macam-macam ragam.Kawan yang pertama semestinya teman sebilik (mintak maaf aku xingat la nama ko) yang hanya satu sem sahaja tinggal di bilik aku kerana berminat pada PALAPES katanya.Bilik aku selalu disinggahi seorang yang agak pendiam pada luarannya.Tetapi sangat lucu sehinggakan kadang-kadang menyakitkan hati juga.Meor Ahmad Bakti Meor Suaadi.Tak tahu kenapa sampai sekarang masih lagi ada orang samakan aku dengan meor.

img_1220

Semakin lama semakin ramai sahabat.Semakin banyak kerenah.Sehingga kan aku di satukan dalam satu grup.Secara zahirnya tidak ramai yang mengenali tetapi secara underground nya kami unggul.

frenster1

Hanafee Abd Rahman, Hasanal Izwan Ab Wahab, Muhammad Syazwanuddin Saliman, Meor Ahmad Bakti Meor Suaadi, Suhaimi Abd Hamid, Lukman Hakim, Mohd Roslan , Wafi, Mohd Aizad Mohd Kamil, Muhammad Azmi Zulkifli, Mohd Fauzi, Mohd Sahrudin Yusof, Nur Diyana Maarof, Nurdiyana Dahlan, Suhaizah Sulaiman, Fatin Nur Hamidah Abd Hamid, Azrina dan Syafawati.

1st-year4

1st-year7

Serpihan gambar sewaktu aku aktif di dalam sebuah organisasi sejajar dengan terpilihnya kolej kesayangan untuk menganjurkan Sambutan Kemerdekaan Peringkat IPT yang berlangsung di Dewan Gemilang.Dan Majlis Makan Malam Penghargaan kepada PC dan Atlet “Annual Appreciation Dinner“. Sangat teruja sangat terharu sangat seronok buat pertama kali aku di dedahkan dengan penglibatan mengorganisasi.Biar bermula di bawah jangan terus naik ke atas dengan jalan pintas.Dayus dan bacul namanya untuk orang yang mengipas-ngipas orang di atas.

1st-year2

Di kala Pilihanraya kampus pada tahun 2006 di mana ketika itu suasana begitu meriah dan bahang pilihanraya terasa hingga ke tulang, cuaknya dek di makan dengan cerita-cerita gempar dan hangat oleh senior2 ketika itu.Bagaikan satu tanggungjawab yang begitu berat jika penglibatan aku ini sengaja di lalaikan, akan menyebabkan kejatuhan pihak yang memerintah.Sungguh gentar sebagai seorang pelajar tahun satu dimomokkan cerita-cerita sedemikian.Aku bersama Syazwanuddin Saliman, Meor Ahmad Bakti Suaadi, Suhaizah Sulaiman dan Diyana Maarof meneruskan perjuangan demi Raj yang menjadi calon ketika itu.

1st-year6

Semasa pilihanraya berlangsung aku ditugaskan untuk menjaga keamanan selari dengan pemakaian aku yang serba hitam itu.Jentera Pilihanraya tertera di tag kami.Sungguh bangga berserta bau kedai baju tersebut.Terima kasih sang pemberi.Sehari sebelumnya aku juga dihantar menjalani operasi meraih undi di KTSN dan juga KTDI.Pertama kali aku di herdik oleh manusia berbangsa Cina ketika berkempen.Tensi barangkali.Tidak mengapa kami teruskan langkah.

Akhirnya Aspirasi menang.Segala penat tidak di layan.Segala kelas di hadiri dengan penuh kepenatan.Esok nya seperti biasa.Hairan mula berkeliaran.Adakah perubahan akan berlaku? Kita tunggu..

1st-year5

Sukem 2006.Seperti yang aku nyatakan permainan kesukaan aku dipertandingkan dan aku mengambil bahagian.termasuk mengambil bahagian dalam perbarisan.Bukan peserta barisan.Hanya sebagai pemberi arahan ataupun komander jika di dalam bahasa melayunya.Segala arahan yang dipelajari di sekolah menengah di praktikkan sekali lagi.Suara masih lagi merdu ketika memberi arahan.Permainan yang aku gemari hingga kini, Handball juga telah menjadi sebahagian penglibatan aku sejak aku sampai ke sini.Lakonan Tok in (Khairul Anuar) pada salah satu perlawanan melayakkan beliau sebagai Ronaldo burhan.haha

1st-year3

100_7025

Majlis makan malam tahunan Kolej Burhanuddin Helmi “Malam Semarak Zaman 06“.Terlalu sibuk menjadi MKT untuk diner tersebut.Gaya rambut ketika sekolah menengah digayakan dengan rapi, rambut dibelah tepi.Segala hal selain diner ditolak tepi.Tumpuan sebagai seorang AJK publisiti di tumpu setumpu-tumpunya.Terima kasih kepada pembantu.Harapnya beliau berada di sebelah ketika majlis berlangsung tetapi ego dan kekangan untuk bersosial sesama kawan diutamakan. Manusia berbaju oren sebagai pengganti.

2nd-year4

Tidak rugi untuk mencuba.Walaupun sudah tahu kelayakan terlalu nipis untuk mendapatkan.Kawan-kawan adalah sebab utama aku menyertainya.Kerana ingin mempelajari benda yang baru buat aku ketagih untuk bersama kawan-kawan dalam perjuangan.”Kita ada 2 kumpulan yang hebat dan layak untuk sama-sama bekerja dalam satu pasukan di dalam Kolej kita ini.Jika tiada 1 kumpulan, 1 kumpulan lagi akan sama membantu.Ini yang saya mahukan” Ayat ini yang terkeluar dari ingatan jika melihat gambar ini.Valid lagi sekarang ye pakcik?

2nd-year51

Kursus pemantapan JAKSA di Perlis.Betulkah nama tersebut?Aku sudah lupa.Lupa dengan keriangan keseronokan ‘2 Team Yang Hebat’ bersama-sama.Pertama kali kursus yang dianjurkan diluar aku sertai.Aktiviti menebas kubur, aktiviti presentation oleh peserta yang terpilih disertai tepukan keramat oleh kami, aktiviti bermain tepuk-tepuk tangan meniru gaya superhero.Semua dalam ingatan.

2nd-year6

Kem Bina Negara di Kuala Lipis.Beberapa hari aku libatkan diri ke situ.Macam-macam aktiviti aku sertai.Semata-mata untuk para junior aku akan datang.Paling aku tak dapat lupakan adalah..
“Cha..nama u apa eh?”
“Erm..Bobo..nape?”
“Ha..u boley pkai seluar tak? u buat i stim la..”
Sejurus kemudian di susuli dengan berdekahnya kami satu dom menggelakkan si bobo tu.Bobo yang kebiasaan nya pada waktu tidur hanya memakai seluar dalam sahaja.Ke hulu hilir membawa burung nya yang separa terbuka itu.Cet!!

2nd-year

Tiba nya saat untuk menjadi fasilitator atau pemudahcara di Minggu Mesra Mahasiswa kepada junior2 UKM.Seronok bukan kepalang.Keinginan untuk menerajui junior telah tercapai.Sangat teruja dengan penglibatan tersebut walaupun hanya diberi watak yang semudah semut meniti sekeping papan.Segala memek muka dipraktikkan di situ.Sehinggakan muka yang penuh dengan onak duri kemachoan itu dicalari dengan kesan ciuman di tar jalan ketika berebut ‘merak kayangan’.Kefamousan aku terserlah dengan tertampalnya kain di pipi ku yang gebu.Tidak mengapa..demi untuk junior tersayang.”Skuad…skuaaadd..sedia!!”

2nd-year3

Citra Malam Pesona 07.Sekali lagi aku menceburkan diri untuk menjadi salah satu sekretariat untuk diner KBH.Tak lain tak bukan Pengarah Sekretariat Publisiti yang layak untuk aku.Seperti biasa MKT utk diner akan diberi kelebihan iaitu dapat duduk di bahagian hadapan dewan.Tetapi kali ini lebih bererti kerana sahabat-sahabat aku sekelian menyambut hari lahirku dengan nyanyian lagu hari jadi.Lebih bermakna itu adalah kali terakhir aku duduk bersama pembantu.”Terima kasih kerana menjadi leader untuk acara menyanyikan lagu itu.Sambutan yang ringan tapi sungguh bermakna.”

1_650967267l

Team Bola Baling Kolej Burhanuddin Helmi. Finalis Sukem 07.Buat pertama kali aku mendapat pingat pada SUKEM dan salah satu pasukan dari 2 pasukan di kolej tersebut yang lepas ke akhir. Malangnya hanya mendapat pingat perak.Terima kasih kepada rumet kerana mu aku famous di kalangan pemain handball.Malangnya sekali lagi, keterlibatan aku di SUKEM untuk KBH pada tahun tersebut telah secara tidak langsung telah membuahkan perasaan benci oleh seorang yang tinggi di situ.Kali pertama aku di propose oleh seorang yang sesame jenis.Kalau anda bagaimana? Setelah itu muka aku telah di banned dan zaman kejatuhan aku mula menampakkan sinaran.Tersenyum yang lain melihat aku jatuh sedikit demi sedikit.929926410l

Kelab Aspirasi KBH.Sebagai presiden yang tak presiden.Ada lagi presiden yang lagi presiden.Paham-paham la kan.Kelab pun politik bau nya pun mesti ada politik.Haruslah segala perjalanan di dalam kelab juga mahu di politikkan.Apa yang aku hendak katakan..”Politics is SHIT!”

1_232674287l

27 September 2007.Musim raya kembali.Musim rombongan juga bernafsu.Rombongan ke rumah kawan yang bernama Lailatul Badriah di Ayer Panas @ Ayer Molek..(tak ingat la pulak).Rombongan menumpang kereta.Melihat rumah nya yang tesergam indah.Tetapi..Maaf. Kenangan sebegini semakin lama semakin aku ingin lupakan.Biar angin membawa lalu kenangan manis seperti ini.” Makcik mak laibad..mintak maaf..bukan saya yang tak nak tapi dia tolak”.

1_847549779l

Sekeping gambar bersama roomate satu semester di paras 4 di KBH.Tabliegh Mohamad Zakaria nama beliau.Jika salah tolong tunjukkan.Teman tawa teman menggila teman yang emosional.Sesekali tidak paham erti rajuk beliau.Tetapi ada keharmonian di celah-celah persahabatan.Yang mana lebih aku tekankan makna sabar pada persahabatan yang akan datang.”Sampai sekarang ko pnggil aku mate, mate..Terharu aku.Semoga berjaya dan semoga berbahagia.Rahsia ko ada lagi kat aku mate.Jangan risau”

1_678800127l

Erti sahabat semakin membuak-buak bila sahabat baik sendiri mahukan sokongan ketika dalam perlawanan.Aku sanggup untuk menerjah menggunakankenderaan pinjam untuk ke Dewan KBS ( kalau tak silap) dekat Mont Kiara untuk melihat sahabat-sahabat aku berjuang di dalam pertandingan Bola Jaring.Biarpun aku sahaja kumbang disitu.Pertama kali aku tonton perlawanan netball dan singgah ke situ ketika itu.Mungkin kali ketiga sudah sekarang.”Terima kasih la ko ajak aku ke situ.Bkn dapat sokong ko tp dpt cuci mata.hehe”

1_609025904l

Sahur kami pada suatu hari…Kebetulan seorang kawan membawa kereta.Kereta yang membawa kami.Secara tidak sedar sampai ke Kampung Baru kami sahur.Azizi, Afifi, Izyan, Tabliegh dan juga si penangkap gambar yang terbaring menangkap gambar ini, Haziq.Berselera kami bila ada kenderaan yang boleh memuatkan sehingga 6 orang.Sangat bahagia jika ada kereta.”Bile ada kete nnti aku bwk korg plak eh..doa2kan aku”

397010756986l

Bertarikh 12-18 May 2008 aku bersama pasukan Bola Baling UKM telah membawa nama UKM ke persada inter-U. Kami cukup terkenal dengan cara-cara jahitan nombor jersey di baju kami.Keadaan kami yang agak terhuyung hayang di sebabkan kekurangan latihan tetapi di tebus dengan kejayaan mara ke peringkat suku akhir.Sangat berbangga kerana aku dilantik jurulatih lelaki dan kapten untuk lelaki malahan jurulatih untuk perempuan juga.Sangat impresif dan sungguh teruja bila mengendalikan kedua-dua pasukan buat pertama kali dan melangkah ke peringkat lebih tinggi dari sebelumya.”Tahun ni mungkin lebih bersedia pasukan UKM..tunggu kami di UUM!

1_143478332l1

Pasukan Handball NHO 08.Tertubuhnya pasukan ini adalah di sebabkan ketagihan MASUM sebelumnya.Semuanya bernafsu.Tetapi sayang..keadaan terlalu mencemburui kami.Hanya tempat ketiga sahaja yang dapat kami genggam.Pingat kedua untuk aku.Perak Gangsa.Emas bila barangkali mahu menjelma.Terima kasih Idris Zulkifli, Kazali Adeli, Hashimi Abu Hasan, Aifa, Afifi Yusof, Amey Fauzily, Sazli Muslim, Khairul Afizan, Iraqi Sarafuddin dan Hasanal Izwan.

cimg0941

3rdyear

p7180215-copy

3rdyear2

all-in-11

p3231364

Setakat tu yang aku mampu kongsikan dan juga untuk tatapan diri aku sendiri untuk menyedarkan diri sendiri bahwa aku sedang besar..Perkataan yang paling sesuai selain dari perkataan tua.Perubahan raut wajah seiras-iras artis latin haruslah di abai kan.Maklum la..makan sedap di sini.”Kena makan” pun sedap juga.

Sepanjang tahun aku berada di sini macam-macam aku nampak..aku rasa..aku dapat..tapi apa yang penting aku sudah menjalankan segala amanah dan tanggungjawab aku dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.Maaf jika tersalah terkurang.Bukan untuk pergi, hanya untuk mengingati memori lama untuk diri sendiri.

Tak akan terganti setiap kenangan yang telah terukir Dan terendap indah dan melekap di hati.Akankah berakhir semua kisah yang telah tercipta.Di dalam benakku dan di dalam asa ku.

Terima kasih segalanya, terima kasih seumpamanya.

Selamat Hari Lahir Mohd Hisham Hashim.

p/s: mintak maaf kpd gamba2 yg aku xpost kt sini.Hardisk aku crash..sori


19 Komen on “Selamat Hari Lahir Mohd Hisham”

  1. Izad berkata:

    napa gambar aku ngan ko xde? takut saham jatuh ke? hahaha

  2. azzah berkata:

    ouh
    gmbr saya ada satu
    selamat hari lahir abg sham
    n sori tak dpt join smbt. huu
    have a great one.:)

  3. s.h.a.m berkata:

    to izad : ni tribute utk aku..xd gamba ko nye..saham aku trus maintain ok..cume saham dijual agak tinggi..

    to azzah : takpe..ingatan lebih penting dari ucapan happy birthday yang terpaksa..hehe

  4. syarat berkata:

    nama aku..mungkin banyak disebut..perkenalan dengan sham, banyak pahit dan manisnya..kan sham? seronok juga ada post yang sebegini panjang, dan sebegini teratur..

    selamat panjang umur.. murah rezeki..mohd hisham hashim..er.. dipercepatkan jodoh sekali..😀

  5. nawal berkata:

    gambar saya tiada.ho

  6. AzmIe_(",) berkata:

    happy belated birthday bro.. ehe~..~

    semoga panjang umur n murah rezeki.. insyaALLAH…

    panjang gak entri kali ini..hohO~

  7. s.h.a.m berkata:

    to syarat : aah..byk suke duke masam masin asam garam..hehe..time kasih bro..harap2 doakan ko termakbul..hehe

    to nawal : klu nk suh aku taruk ko bg gamba ko..huhu

  8. gantang berkata:

    bnyk ag bnde yg ko x cte ag sham,hihihi…
    ak rse ko nk cte bnde yg de gmbr je ek…
    papepn,nama ak 2 de kre ok la,hhahaa…

  9. baHoW berkata:

    hepi belated bday bro….

  10. baHoW berkata:

    oit.nk aku nyanyi lagu imran ajmain utk ko tak?hik hik

  11. epi7 berkata:

    wt kn post tuk besday ak lak bley x?
    hahaha

  12. HaniM_deLaiLa berkata:

    a.sham..terharu arr bace crita di atas….
    apapun saya puas hati,sebab ada gambar kami semua..
    huhu..
    sayang kamu semua🙂

  13. s.h.a.m berkata:

    to azmi : time kasih bro..ala..xd pe sgt..tu bingkisan cite2 aku semasa di UKM je..act pnjg lg aku nk cite..tp..huhhuu

    to bahow : oit..timo kasih la yo..xdapek dibelanjo ekau wish pon da ckop..janji ekau ingat kek den ni ha..huhu

    to gantang : tang..sbnrnye aku nk je letak gamba ko byk2..sb ko da byk berkorban kt aku..tp kang ckp aku gay plak..hahaha

    to epi7 : buleh2..nnti aku wat blog ko khas utk ko..tp make sure sume gamba2 kite je..awww..~ hahahah

    to HaniM_deLaiLa : tq anem..xd pe sgt pon cite tu..cume utk kenangan di UKM je..tq again psl plan village view aritu..i like~ haha

  14. mira LoLLipop berkata:

    knape name mira tertulis di pic dan x di kreditkan? ni yang bikin gua panas nih… hahahaha

  15. s.h.a.m berkata:

    mane ada nama mira tertulis..huhu..sori2..amek gamba ni tanpa kebenaran..wek~

  16. devilbat berkata:

    hahaha… aku baru baca blog ko…. ada jugak gamba aku huhuhu…. semoga panjang umur…. tahun ni team handball ukm akan pergi lebih jauh lagi… ( uum pon jauh jugak… hahaha.. maksud ku…sekurang2nya masuk separuh akhir..)

  17. fauzi berkata:

    salam bro..

    selamat menyambut hari lahir..
    walaupun lambat wish tp harap2 diterima..

    aku doakan ko panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan dan di kurniakan teman hidup yang serasi serta anak2 yg sihat walafiat..

  18. mira LoLLipop berkata:

    hahaha…jgn nak tipu xde tertulis ok… ce tgk kat first pic tu first word tu tulis ape?
    xke Mira kan…
    hehehehe….

    gmbr tu xde hal.. tp agak teruja sbb masuk juge muke ai dlm blog nih kan.. hehehee

  19. mira LoLLipop berkata:

    anda telah di tag buat ke sekian kalinya.. sila ke blog beta


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s