5 Sebab Mengapa Sesebuah Blog di Maki Hamun


24715_annoyed-face

Antara sebab yang boleh di ketengahkan ketika menyelusuri blog ke blog adalah :

1. Rasa tiba-tiba ingin sepak orang yang berada di sekeliling bila bukak blog yang terus keluar lagu.Maksud di sini lagu yang autoplay. Lepas itu tertimbul lah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang suci seperti diri ini.Boley klu nak letak lagu tapi biar kan pelayar blog tersebut memilih sendiri untuk play atau tidak.Cuba anda renungkan..bila anda sendiri sedang mendengar lagu dari PC anda sendiri lepas itu keluar sekali lagu dari blog itu.Tak ke bercelaru dan mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perjalanan menyelusuri blog tersebut? Apapun, anda boleh dimaafkan jika blog anda itu sangat menarik dan bonus bagi pemilik blog tersebut adalah seorang yang cun lagi comel.

2. Pastikan anda meletakkan “ read more ” untuk entri anda yang panjang bagaikan kacang panjang. Saya tahu anda ada bakat untuk menulis.Tetapi lagi baik dan lebih afdal jika anda meletakkannya.Untuk kesenangan para pembaca sebenarnya.Kesian para pembaca yang ingin membaca tetapi bila lihat scroll 100 meter panjang nya, lagi la mereka panjang tangan untuk memangkah blog anda.

3. Font terlalu kecil dan membuatkan pembaca merasa rimas.Juga berwarna-warni semeriah pelangi warna tulisan anda.Penggemar warna lah katakan.Boleh menjadi buta sebenarnya para pembaca.Buta warna nanti.haha

4. Pernah masuk blog yang owner dia tak reti nak letak gambar? Kami memang nak baca blog anda, tapi kan lebih baik jika di hidangkan sedikit gambar supaya tidak penat mata ini untuk membaca nya. Lagipun orang kata, gambar tu ada seribu makna kan? Dengan meletakkan sedikit gambar yang berkaitan dengan entri anda, mesti mereka di luar sana lebih faham apa yang hendak disampaikan..

5. Sebelum di tarikh atas kan, pastikan jangan salah info kat reader. Kalau tak kantoi tak mengapa, ini kantoi pula bila ada komen yang dihantar menunjukkan kebenaran post tersebut.Tidak kah anda di maki hamun oleh para pembaca sekelian? Betol tak kawan-kawan?

Ya..saya tahu.Anda akan menjawab..”lantak aku la nk wat ape pon..korg pedulik ape? aku buat utk tatapan aku sendiri” Memang..memang jari anda yang menulis tetapi mata kami yang membaca nya. Jika tidak mahu dikomen sebegini rupa diari adalah tempat yang sebaiknya kerana ia boley di simpan di peti besi supaya tidak dibaca orang ramai.

Bukan untuk menunjuk terer, bukan hendak menunjuk pandai.Hanya sebagai teguran hanya sebagai seorang manusia biasa.Mana yang baek datang nya dari Tuhan, Mana yang salah datang dari saya sendiri.
Wasalam..

p/s : ada sesiapa yang bersetuju dgn aku? angkat tangan!!

credit to justkhai


8 Komen on “5 Sebab Mengapa Sesebuah Blog di Maki Hamun”

  1. Asiela Hamid berkata:

    kalo post pendek,
    x yah gambar pon xpe,
    kan?
    ahahah

    saya stuju.

    ok. sila blanje saya ;p.

  2. gantang berkata:

    saya angkat tangan dengan bangganya,hahaha

  3. Mrs Traxex berkata:

    ah gmbr? perlu ke? klu nak gmbr, google sendiri. klu ade kaitan baru letak la kan? klu x fhm gak dgn post tersebut, ym aja penulis blog tu. settle.

  4. syarat berkata:

    yang lain mungkin ada orang dah tegur.. tapi part yang lagu autoplay tu.. mmg la tensen.

    ok. pasal awek cun.. letak la gambar banyak2.. tapi kalau cun pun, xletak banyak2 pun xpe. letak satu je.. tapi cakap.. nnt i update lagi.. sure orang datang selalu..hehehe.

  5. waniey berkata:

    wah~
    mcm terkene kt bdg hidungku.
    hahah.
    lagik2 pasal autoplay tu.entry pnjg gedabak n berwarna awrni.
    lalalala~
    xreti r nk letak lagu x autoplay

  6. waniey berkata:

    weyh silap~
    bkn BDG tp BTG
    hahaha

  7. livb berkata:

    eheh. sangat betul. *angkat tangan*

  8. Khairuddin berkata:

    AKU ANGKAT TANGAN AKU! AKU SOKONG SEMUA KENYATAAN DIATAS…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s