Telefon Tangan Sepanjang Hidup


Ha..bos..apa brand lu mau? wa ley kasi tau..

Dialog yang agak sama pabila penjual telefon berdialog dengan si pembeli.Bukan nk wat review pasal ex-ex henset aku tetapi ingin berkongsi betapa hebatnya aku menukar henset sepanjang aku hidup di dunia ini.Tidak dinafikan fungsi telefon tangan ini jika ingin dibezakan dari zaman dahulu.

Aku berfikir..macamana mereka yang sebelum ini menjalani kehidupan tanpa telefon di tangan.Yang aku ingat bila seseorang itu menelefon di pondok telefon dua jari iaitu jari telunjuk dan jari manis akan galak menekan butang bintang dan juga butang ini #.Ada kesan ka?Ya..lenguh jari kan?

Handset sulung – NOKIA 3310

1nokia_3310

Ok..untuk permulaan hari ku bersama henset iaitu pada tahun 2002.Aku berumur 17 tahun.Hanya nokia 3310 sahaja yang paling canggih ketika itu.Nada dering berbentuk polyphonic yang meruntun jiwa.Di kala tone boleh dicompose, menjadi kegilaan para remaja ketika itu.Termasuk aku.Lagu pertama untuk polyphonic adalah..Dilemma by Nelly.

Nokia 3200

2nokia-3200

Telefon setelah berada di UKM.Gilakan kertas-kertas casing nya yang boleh ditukar ganti.Menarik bukan?Rasanya ia di antara telefon yang pertama mengandungi kamera.Hanya VGA sahaja waktu itu.Butang yang menarik tetapi susah untuk ditekan kerana jariku yang besar-besar belaka.

Sony Ericsson K350

3k508

Penjual nya hanya rumet aku iaitu meor.Berminat dengan kecanggihan sound nya yang agak gempak ketika itu.Comel dan selesa di pegang.Kali pertama aku mencuba jenama yang lain setelah Nokia.

Sony Ericsson Z520

4sony-ericsson-z5203

Kerana ingin merasa telefon jenis flip.Kecil dan ringkas.Akan tetapi dengan kesibukan bermesyuarat dan panggilan telefon ini adalah satu kewajipan seorang yang berjawatan akhirnya ia tewas.Screen nya terus padam dan memaksa aku mencari telefon yang lebih gagah dan stabil.Tidak perlu lagi flip2 ini.Leceh.

Nokia 6630

5nokia-6630_large

Aku kembali dengan jenama nokia.Kerana terdesak memakai telefon aku memilih nokia ini.Besar sebesar tapak tangan.Nampak kasar dan lebih macho bentuknya.Kamera 1.3 yang seperti serombong kapal.Pada mula nya ingin menjadikan sebagai telefon yang mempunya 3G.Tetapi perlu gadjet tambahan untuk merasainya.

Sony Ericsson W600i

sonyw600i

Sengaja aku letak preview image yang agak banyak kerana aku paling suka telefon ini kerana agak luar biasa.Hanya perlu twistkan dan terkeluarkan butang nombor.Canggih bukan?Tetapi tidak bertahan lama kerana mengalami masalah bateri yang agak cepat kong.Memaksaku bertukar kepada yang lain.

LG KU250

6lgku250

Inilah telefon sementara yang aku gunakan.Kepunyaan ayah aku.Nasib baik beliau dapat free dari PDRM.Erm..PDRM pon boley bagi free..pejabat lain boleh?Melalui telefon inilah aku berhubungan ketika MASUM..sehinggakan secara tidak sedar aku terlupa bahawa itu telefon aku.Begitu nipis dan berwarna hitam.Seperti pemadam exam grade yang berwarna hitam itu.Ciss..

Nokia 6111

7nokia_6111

Telefon slide pertama yang aku ingin mencuba.Keinginan aku ingin menambah lagi koleksi telefon adalah untuk menampung Sim Card yang lebih.Apa lagi kalau bukan Celcom.U-Pax la katakan.Percuma.Niat untuk menyambung kegunaan telefon slide aku terhenti kerana mengalami masalah sound dan juga bateri yang agak cepat habis.Badi bateri aku tidak jemu-jemu melanda.

Nokia 1200

8nokia1200

Dan nokia ini digunakan sekarang hanya untuk nombor Celcom aku itu.Dan buat pertama kalinya aku membeli yang original atau dengan kata lain telefon baru.Diharap nombor celcom begitu sesuai dengan ia.Senang digunakan dan tanpa masalah.Dan juga dengan kata lain aku sekarang mempunya dua telefon dan dua nombor.Jadi, siapa mahu nombor telefon celcom saya angkat tangan?!

Sony Ericsson K618i

9sonyericsson-k618

Ya..ini lah dia telefon aku di waktu ini iaitu berumur 23 tahun.Juga untuk pertama kali aku membeli baru dan original.Diharap tiada lagi masalah untuk sekian kalinya.Dilengkapi 3G dan kamera yang jitu.Hanya 2MP.Cukup la untuk koleksi peribadi.

Aku masih teringat lagi ayat dari seorang sahabatku..”Tukar lagi? Ko memang henset jalang la..Tak abes2 nk tukar..” Dan di sini aku ingin nyatakan..Adakah aku menggunakan duit anda sekelian? tidak bukan? Jadi..anda hanya perlu mengangguk dan membelek telefon aku jika ingin melihatnya.

Telefon anda bagaimana?


6 Komen on “Telefon Tangan Sepanjang Hidup”

  1. waniey berkata:

    adess~ kenapa post mst same?
    bru ingt nk post psal fon.
    haha~

  2. AzmIe_(",) berkata:

    mantap…huhU~..~

  3. nas berkata:

    hahah~Pakai nokia 3 3 sekupang je~Baling kat anjing pon elok ag~hahhaahha~

  4. napek berkata:

    woi ayat last tu ayat aku cakap kat ko hahahhaahhaa marah la plak mamat ni… ok lah pasni aku tak cakap dah camtu… aku cakap camni…

    “ko ni orang ke kedai hanset… ader je stok baru”

    hahhaahhahahahaah

  5. akukurus berkata:

    ko mmg jalang hp weh…

  6. sarafuddin berkata:

    smart, mmg smart..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s