Bingkai Gambar


Selamat kembali ke ruangan “Kreatif Fotoshop bersama Abang Sham”.Sudah lama saya tidak bersama anda peminat kipas susah mati saya ini.Jangan marah dan jangan rindu-rinduan kerana abang telah pun ada di sisi anda. – Dah macam bapok da kalau ikut gaya ini.Heh~

Ok..kali ini aku nak share pasal bingkai-bingkai gamba.Bukan bingkai gamba konvokesyen yang telah lalu baru-baru ini ye sedara! Ini untuk tatapan peribadi ataupun untuk mencari makan juga untuk menunjuk-nunjuk kebolehan anda mengedit gamba yang berbingkai.

Macam-macam bingkai ada di dunia ini dari kayu hingga ke besi..tetapi kali ini aku nak ajar untuk bintik-bintik saja.

Langkah 1
Buka satu fail imej.Jangan gelak! Aku ambil contoh gambar ini kerana beliau pernah berada di hati aku sebelum diijabkabulkan.

bingkai

Langkah 2:
Buat satu layer baru, diikuti dengan Rectangle Marquee Tool dan buat satu segiempat sekeliling gambar.

bingkai2

Langkah 3:
Sekarang pergi ke Channel -> klikkat tab New Channel

bingkai3

Langkah 4:
Pilih Select -> Feather (Radius = 5) dan isikan kawasan tengah dengan warna putih diikuti dengan deselect (Ctrl D)

bingkai4

Langkah 5:
Sekarang pergi ke Filters -> Pixelate -> Color Halftone

bingkai5

Kemudian klik OK

bingkai6

Langkah 6:
Pergi ke tab Layer, dan buat satu layer baru.

Langkah 7:
Dikuti dengan Select > Load Selection (pilih Alpha1 dan tandakan kotak Invert).

Langkah 8:
Warnakan dengan warna foreground dengan menekan Alt + Del dan diikuti dengan Ctrl D.

Langkah 9:
Siap Sudah!

bingkai7

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal~


One Comment on “Bingkai Gambar”

  1. Rena Azlan berkata:

    kelakar la ko neh..haih..!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s