Sebahagian daripada Bajet ‘Rancangan Sham Ke – 5’ (RSK-5)


Sebahagian pembentangan RSK-5 :

Kestabilan Ekonomi Sham Untuk Pertumbuhan

2.29     Ekonomi untuk RSK-5 diunjur berkembang selaras dengan keluaran potensinya.Perbelanjaan harian akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan. RSK-5 akan menggunakan pendekatan pengurusan fizikal yang pragmatik di samping meneruskan usaha mencari sumber pendapatan sejajar dengan permintaan pasaran berikutan musim pembinaan masjid yang tidak tentu masa.Peningkatan produktiviti dan kecekapan dijangka menyumbang kepada kadar inflasi yang sederhana.

2.30    Perbelanjaan mengurus Sumber Persekutuan dalam RSK-5 di anggar sebanyak RM985.5 ratus atau 19.1 peratus kepada Keluaran Dalam Poket Kasar (KDPK), meningkat pada kadar purata 100.3 peratus sebulan daripada RM400.7 ratus pada bulan November kepada RM875.2 ratus pada bulan Disember. Penekanan akan diberi kepada perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan, keperluan semasa serta perbelanjaan pengisian perut. Disiplin fizikal akan terus ditingkatkan bagi memberi keutamaan kepada berat badan yang agak serius diperkatakan sejak sekian lama oleh para pesaing luar terutama para pelabur berdekatan. Dasar mengenai subsidi dan bayaran pindahan akan dikaji semula sebagai langkah untuk mengurangkan beban kewangan Sumber Persekutuan serta menggalakkan produktiviti dan daya saing

PENUTUP

2.31    Kecekapan perbelanjaan akan terus dipertingkat termasuk penggunaan analisa kos rendah dan analisa impak sederhana. Keutamaan keperluan dan pengurangan sesi bersosial menggunakan sumber pendapatan akan dikurangkan demi pencapaian matlamat dasar dengan faedah yang maksimum. Pendekatan menyeluruh keberkesanan program dan keutamaan keperluan akan diguna pakai termasuk dengan perubahan Sumber Persekutuan yang tidak menentu ini diambil kira daripada skop dan kos yang diluluskan RSK-5. Bagi memastikan tiada kebocoran kos ataupun sumber pendapatan, akan diambil kira juga sistem ‘guna-ulang semula’ bagi aset yang boleh diperbaharui sejajar dengan wang yang dibelanjakan, penekanan akan diberikan kepada perlaksanaan sistem tender tertutup.]

Tahun 2010 ini tidak menampakkan lagi kecerahan masa depan. Kayakan diri dengan wang untuk kesenangan masa akan datang.

Sekian


One Comment on “Sebahagian daripada Bajet ‘Rancangan Sham Ke – 5’ (RSK-5)”

  1. amenda ko merepek ni? haha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s