500 Days of Summer


Sinopsis :

Hari minggu seperti biasa pada setiap hujung minggu. Seminggu cuti kerja kononnya untuk belajar sebab exam di maanfaatkan hanya sehari dua sahaja. Laptop semakin menyirap-nyirapkan darah aku naik ke atas kepala. Buatkan aku jadi panas dan pening untuk berfikir.

Hujung minggu depan jemputan UTM open. Hujung minggu satu lagi jemputan kenduri kahwin di Tanjung Karang dan dua kali hujung minggu depan, lagi sekali kenduri kahwin di Johol, Negeri Sembilan. Semua hujung-hujung saja bagi aku.

Twitter, Facebook tidak lagi menjadi bahan penaik nafsu untuk dilayari. Semakin bosan selaras dengan pengaliran duit yang tidak bernafsu. Twitter penuh dengan status sendiri tiada berkomen, Facebook pula penuh dengan komen-komen yang tidak membina. Layu nya aku di alam maya ini.

Futsal setiap minggu semakin hari semaki hambar. Emosi kadang kala bertukar. Gaya setiap pemain profesional Eropah suma tergelar untuk diri sendiri. Ada yang terlebih emosi pun ada. Macam budak-budak!

Editing fotografi yang makin menjunam graf kreativiti setanding bunga di laman yang semakin layu di tasik madu pusara rimba cintaku 100%. Baru siap projek kedua projek ketiga menyusul. Tak campur projek ke empat akan datang lagi. Cukup-cukup makan sahaja yang dapat.

“Coincidence. Thats all anything ever is. Nothing more than coincidence.”

Hey, I’m Autumn.😀


2 Komen on “500 Days of Summer”

  1. gantang berkata:

    ayat-ayat anda sungguh mendalam menusuk kalbu berbunga bunga seperti indahnya karam singh walia berbicara mengenai alam sekitar,hihihi…

  2. aishah berkata:

    saya tengok movie ni hari tu, tapi tertidur la….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s