Laporan Bajet Separuh Penggal Rancangan Sham ke 24


Bajet Separuh Penggal 2010 meletakkan asas bagi pembentukan model ekonomi baru dan penggubalan Rancangan Sham Ke-24 (RSK-24).Ia memberi fokus kepada menggerakkan ekonomi pemerintah ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan memperkukuhkan peranan sektor sumber kewangan sampingan sebagai pemacu pertumbuhan.

Pemerintah komited untuk mengkonsolidasi kedudukan fiskal bagi mewujudkan fleksibiliti fiskal, sejajar dengan konsep 1Malaysia dan sasaran Penjimatan Peribadi Utama Nasional (PPUN), kebajikan sara diri pemerintah akan tetap diutamakan. Untuk mencapai matlamat tersebut, keutamaan akan diberikan kepada usaha mewujudkan persekitaran kondusif bagi pendapatan dan perbelanjaan untuk terus maju dalam suasana liberal dengan disokong oleh dasar pro pasaran.

Ekonomi dijangka tumbuh di antara 2.0 peratus sehingga 3.0 peratus pada bulan ini, disokong oleh pelaburan dan pendapatan sampingan yang dijangka bermula pada minggu hadapan dan seterusnya berkembang naik pada bulan Jun 2010. Pendapatan per kapita nominal dijangka meningkat 2.5 peratus daripada RM987.71 juta pada bulan lepas kepada RM1024.87 juta pada bulan ini atau dari segi pariti kuasa beli daripada AS$12,826 kepada AS$13,177.

Perkembangan itu seiring dengan pertumbuhan kerja yang mendadak dan juga tarikh tetap yang semakin mendesak pemerintah untuk bekerja dengan semangat yang jitu dan murni

Sehubungan itu, Bajet Separuh Penggal 2010 digubal dengan tema 1Malaysia Kemakmuran Bersama dan disokong oleh tiga strategi iaitu memacu duit poket pemerintah ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s