Orang Selalu Berinternet vs Orang Kurang Berinternet


Ye..bersama saya Abang Sham di ruangan Tahu IT. Tunggu! Jangan berebut-rebut mencium saya. Saya tahu anda rindu. Tunggu sehingga habis rancangan ini. Kali ini saya ingin berkongsi kasih infomasi berkenaan internet. Kita dapat bezakan mana yang celik IT dengan kabur IT. Mintak maaf, bukan racist cuma kenyataan. Ada beberapa benda yang kita dapat bezakan. iaitu:

1) BrowserOrang Berinternet menggunakan Mozilla Firefox
– Kebiasaannya golongan ini tahu kelebihan yang ada pada firefox. Dan kebanyakan laman web yang ada adalah sesuai untuk dipapar menggunakan firefox. Mana yang advance, Add-Ons akan mereka gunakan.

Orang Kurang Berinternet menggunakan Internet Explorer
– Golongan ini akan selalu menggunakan IE ini untuk melayari internet oleh kerana ia adalah default internet program yang sedia ada di komputer tersebut. Dan mana yang advance, mereka menggunakan IE ini untuk mencari gambar-gambar Megan Fox.

2) Bookmark

Orang Berinternet ada bookmark untuk beberapa laman web
– Golongan ini biasanya akan mempunyai bookmark untuk laman web yang selalu dilayari untuk kesenangan mereka di siang hari ataupun malam hari. Dengan cara ini dapat menyenangkan mereka untuk tidak membuang masa menaip address laman web tersebut yang disusuli dengan kata-kata carutan kerana tidak ingat atau terlalu panjang untuk ditaip.

Orang Kurang Berinternet tidak berbookmark
– Bagi mereka ini, mereka akan berikan jawapan bookmark yang tercelah di celahan muka surat buku mereka. Ada juga yang rajin, mereka salin laman web tersebut di notepad atau di MS Word. Bijak!

3) Download

Orang Berinternet menggunakan perisian-perisian yang sesuai dan mudah
– Golongan ini akan menggunakan produk Internet Download Manager atau Flashget atau Download Accelerator Plus atau sebagainya untuk kesenangan mereka mendownload macam-macam. Tidak termasuk yang tidak patut.Terima kasih!

Orang Kurang Berinternet mudah mengalah jika tidak dapat apa yang mereka mahukan
– Dengan kata lain, mereka akan berusaha tetapi berusaha menyuruh atau meminta simpati kawan-kawan yang lain yang ada kemudahan untuk mendownload.

4) Search


Orang Berinternet menggunakan Google untuk proses carian
– Seperti biasa mereka tahu apa kelebihan google di samping ia adalah satu software yang ringan dan agak menyeluruh carian yang dibuat sehinggakan mereka pun mencari jodoh di google.ops!

Orang Kurang Berinternet menggunakan Yahoo!
– Golongan ini semestinya terlalu gembira untuk menggunakan enjin carian sehinggakan menjadikan Yahoo! sebagai tempat betapa gembiranya bertemu internet.


Sebagai penutup, Abang Sham di sini ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mempelajari ilmu IT ini untuk kesenangan masa hadapan demi diri sendiri dan negara tercinta. 1tahu 1IT 1Malaysia.

Ok..mana tadi yang mahu peluk cium Abang Sham, mari..:)


One Comment on “Orang Selalu Berinternet vs Orang Kurang Berinternet”

  1. gantang berkata:

    mcm pernah je tgk perbezaan ni,haha…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s