9 Tips Untuk Lajukan Windows Se7en


Bersama saya Abang Sham di ruangan Tahu IT. Tajuk kita kali ini adalah bagaimana hendak lajukan windows se7en selain dari mengetuk-ngetuk di bahagian CPU sebanyak 7 kali. Janganlah mengharapkan pada yang tak sudi untuk betul-betul mencapai tahap kepuasan hati anda tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba. Ye dok?

Masalah utama yang dapat di kesan sekiranya komputer anda mengalami masalah kelembapan dan adakalanya seolah-olah menghidap penyakit parkinson adalah dengan penggunaan program yang terlalu banyak dalam sesuatu masa.

Visual and Sound

1. Gunalah Visual Effects seminimum yang boleh

Disable mana yang patut dengan cara:

  1. Klik dan hold kekunci Windows kemudian tekan button Pause/Break
  2. Klik link Advanced System Settings di sebelah atas kiri.
  3. Di dalam tab Advanced, pilih Performance Section, klik Settings
  4. Di bawah Performance Section (rujuk gambarajah) di tab Visual Effects, disable mana-mana yang anda rasa hendak di’disable’kan. Atau nak senang hanya klik Adjust for best performance‘.
  5. Selepas itu, klik Apply kemudian OK.

performance options

2. Gunalah Sound Effects seminimum yang boleh

Disable mana yang patut dengan cara:

  1. Klik Start. Pilih search dan taip mmsys.cpl dan Enter
  2. Di window Sound (rujuk gambarajah), klik tab Sound
  3. Set Sounds scheme kepada ‘No Sounds
  4. Anda juga boleh memilih apa-apa jenis Sound untuk ‘disable’kan mengikut kesesuaian anda.
  5. Seelok-eloknya disable “Play Windows Startup sound“.
  6. Klik Apply dan OK.

sounds 9 Essential Tips To Speed Up Windows 7

Software dan Service yang berkaitan

1. RUN hanya kepada Anti-Virus yang sah (Trusted Anti-Virus)

Pastikan anda mempunya anti-virus yang bagus untuk diinstallkan ke laptop anda.
Dengan cara ini tiada ‘malware’ atau ‘spyware’ akan membiak di dalam komputer anda. Kedua-dua saspek ini juga boleh mengakibatkan perjalanan komputer anda semakin perlahan.

2. Hanya install software yang berguna sahaja

Pastikan beberapa software yang diinstallkan mengikut penggunaan anda.
Seelok-eloknya hanya install software yang full version dan elakkan daripada menginstall perisian yang dalam ‘Trial Mode’. Ia akan memakan ruang yang ada di dalam hardisk, RAM dan kitaran processor.

3. Disable pada services secara manual

Sesetengah proses dan servis di dalam komputer tidak perlu untuk di runkan oleh default servis akan start secara automatik. Ini akan slow down kan penggunaan RAM untuk kerja-kerja lain yang lebih penting. Cara terbaik untuk disable kan adalah:

  1. Klik Start. Pilih search dan taip services.msc dan Enter
  2. Pergi kepada Services & Applications -> Services. Anda akan lihat window Services (rujuk gambarajah).
  3. Klik kanan pada servis yang ingin di set secara manual atau disable. Jika servis tersebut telahpon bermula, Stop kan dahulu.
  4. Setelah diberhentikan, pilih Properties.
  5. Pada Startup type, anda boleh memilih samada servis itu diset secara Manual, jika anda mahu menggunakan kemudian, atau Disable kan ia terus, jika tidak mahu digunakan.
  6. Setelah itu tutup window tersebut

services 9 Essential Tips To Speed Up Windows 7

4. Disable Start-up yang tidak perlu.

Secara default, beberapa program telah disetkan ketika start-up, iaitu beberapa program akan dirun di awal komputer itu dihidupkan. Secara tak langsung proses untuk menghidupkan komputer menjadi lambat kerana kebanyakan program dihidupkan dalam satu masa. Program yang tidak perlu dihidupkan mestilah di disablekan mengikut cara ini:

  1. Klik Start. Pilih Run dan taip msconfig kemudian klik Enter.
  2. Di dalam System Configuration (rujuk gambarajah), pergi kepada tab Startup.
  3. Untick pada program yang tidak mahu dirun pada awal komputer dihidupkan (start-up).
  4. Setelah selesai klik Apply dan OK.

system configuration

Hardisk

1. Bersihkan (clean-up) hard drive

Buang fail2 yang tidak perlu, seperti tem files, downloaded program files, recycle bin dan lain-lain. Anda boleh gunakan disk cleanup untuk membersikan hardisk dengan cara:

  1. Klik Start -> All Programs -> Accessories -> System Tools -> Disk Cleanup
  2. Untuk deletekan ‘System Restore‘ dan fail ‘Shadow copy‘ , klik “Clean up system files” kemudian pada tab “More Options
  3. Kemudian klik OK. Untuk mengesahkan klik Yes.

disc cleanup

2. Guna Disk Defragmentation

Di dalam sistem hardisk, OS akan membahagikan fail-fail mengikut bahagian di dalam kawasan yang berbeza. Defragment ini membenarkan kesemua fail tersebut di tempatkan di dalam lokasi memori yang sesuai dan untuk defragmentkan disk tersebut cara nya adalah seperti berikut:

  1. Klik Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter
  2. Mengikut gambarajah klik pada hardisk yang ingin di defragmentkan kemudian klik Analyze disk.
  3. Kemudian klik Close.

disk defrag

Ini adalah beberapa cara yang digunakan untuk melajukan komputer. Mungkin tidak secara menyeluruh, akan tetapi ia juga adalah salah satu cara untuk menjaga komputer kita sendiri dari mencarut-carut dengan perkataan yang tidak senonoh ataupun melakukan penderaan fizikal ke atas komputer tersebut.

Itu sahaja kali ini, hingga bertemu lagi di lain masa.
Selamat mencuba dan selamat beramal~


3 Komen on “9 Tips Untuk Lajukan Windows Se7en”

  1. idir berkata:

    sham… utk window XP punya xde ke? huhu…

  2. Mohd Helmi berkata:

    Not bad..Thanks..

  3. iqbal berkata:

    bagus laaaa tip-tip ni…………..kalau xde tip macam ni habis slow pastu jem sebentar netbook aku


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s