Sta apa? stamina..


Teringin sangat berada di dalam keadaan fit ketika di bangku sekolah dahulu. Macam-macam sukan dapat ambil bahagian. Sekarang bahagian peha dan dada ayam sahaja yang dapat ambil sebagai makanan. Sabtu lalu keinginan untuk bermain bola baling telah terjelma dengan melihat kehandalan team NS Boys yang dikenali hanya melalui Facebook. Kan aku dah kata, Facebook adalah satu benda yang berfaedah!

Minggu ini aku dijemput untuk menyertai pasukan ini yang mana berada di atas liga Terbuka Putrajaya. Aku nyaris menggantung tangan (handball) oleh kerana gara-gara pihak U** yang terlalu menganak emaskan pasukan-pasukan yang mampu mendapat emas.

‘Woi! Korang nk bersukan ke nak berkroni?? ‘

Badrul (bukan nama sebenar) sehingga sekarang tidak lagi pupus semangat bola baling sesemangat badan beliau sekarang. Aku turut sama bersemangat bila melihat beliau pancit ketika game sabtu lalu.

Amacam? Seksi tak aku?

Ini adalah antara usaha adalah:
1) Kurangkan makan (telah bermula)
2) Mengambil produk supplement (kadang-kadang)
3) Naik tangga rumah 5 tingkat (tiap-tiap hari buat ok!)
4) Pkai Detoxin (baru 20 hari)
5) Tidur awal (tak pernah tercapai)
6) Kurangkan berfacebook (eh? ada kaitan ke?)
7) Lari-lari anak di dalam rumah (ketika hendak ke jamban)
8 ) Skipping (ketika terpercik minyak masak ke tangan ketika memasak)

Sempat tak latihan sebegini utk hari game sabtu ini??



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s