(Reviu) Kedai Mamak vs Kedai Melayu



Kat sini aku ada beberapa point yang boleh dijadikan isu untuk pekedai-pekedai, Melayu khususnya dan ini boleh dijadikan point untuk pekedai melayu supaya lebih mesra dan bermutu dari segi servis, kalau bab makanan tu lain la sebab lidah dan selera lain-lain rasa bukan?

Sebelum apa-apa, orang kata sokonglah Melayu sendiri. Bila melayu nak maju kalau bukan melayu yang sokong sendiri. Tahikerbau itu semua! Bukan nak racist..tapi ini kenyataan dalam hidup berlainan bangsa di Malaysia. Semua orang tahu Melayu sama melayu pun ada dengki mendengki. Ada tak kat wayang keluar santau-mengsantau, sihir mengsihir di kalangan Cina atau India? Kedai sebelah laku sikit, dia pergi tabur tanah kubur la..pegi bomoh nak lariskan jualan la..

Ini antara point-point yang dapat aku bagi pada korang semua untuk KEBANYAKAN kedai melayu dan kedai mamak:

1. Kedai Melayu – Upah sorang dua je pelayan. Dialah tukang hantar makanan, dialah tukang kira, dialah tukang terima duit dan dialah juga yang bersihkan meja. Jangan tanya kenapa muka pekerja kedai Melayu ni ketat mintak penumbuk. Kedai Mamak – Boleh kira berapa orang pelayan diorang? Tolak tepi kalau ada mamak yang letak bedak tepung gomak semata-mata untuk menaikkan seri kepada pelanggan.

2. Kedai Melayu – Tokey lagi pemalas. Duduk kat kaunter je. Kedai Melayu kat kaunter takde kerusi memang tak sah. Kadang-kadang Kedai Melayu ni, tokey dengan pelayan dua kali lima bantai melepak nengok TV. Muke ketat kompem! Kedai Mamak – Susah nak nampak kerusi dekat kaunter. Rasanya takde langsung kerusi. Begitu produktif kalau pelanggan ‘sweet’ panggil diorang..lagi laju kalau awek cun ‘sweet’.

3. Kedai Mamak – Kedai yang selalu aku lepak semuanya ramah. Bila lama tak datang sikit, dia akan tanya mana pigi? lama tarak nampak? Ada sihat ka?!! Siap kalau ada awek mana yang aku bawak hari ini, esok kalau aku makan dengan awek lain dia tanya mana pigi awek sebelum ini? Haa..kan ramah tamah tu? Shitto! Kedai Melayu – Korang datang ke tak datang , sumpah dia tak kisah dengan korang. Muka ketat menjadi motto mereka!

4. Kalau pasal harga kebanyakkan Kedai Mamak pergi, selalunya lauk-lauk dia takdelah sesedap mana. Tapi harga dia nak dibezakan dengan kedai-kedai Melayu, memang layu di tasik madu la bila nak bayar.

5. Selalu orang melepak di kedai dengan kawan-kawan nak tengok bola betol tak? ataupun saje nak lepak-lepak isi masa lapang. Kalau kat Kedai Melayu bila masuk kedai melayu dia bantainya bukak “SEMBILU KASIH”. Jangan Lupa Lirik boleh la terima lagi kan? Bukak TV lepas tu terpacak depan TV layan cerita. Bila suruh tukar channel, ‘sori la bang..remote rosak.’ Wadehel??!! Kalau Kedai Mamak, cakap je berlari dia pergi tukar channel. Silap-silap time match bola siapa2 yang golkan pon die berlari celebrate.

6. Sesetengah Kedai Melayu, menu adalah satu makanan juga sebab nak kena order dulu dan ia akan sampai setengah jam kemudian. Ada juga di dinding-dinding, tapi dihiasi menu yang compang camping harga yang tak tentu hala. Silap eja pon ada. Jangan kira Kedai Mamak la..dah memang bukan melayu pure. Bila tanya apa yang istimewa kat situ, dia jawab ” SEMUA ISTIMEWA BANG”. Bila kita jawab “IYELAH APA YANG ISTIMEWA TU?”. Dia bantai pulak jawab “SEMUALAH ISTIMEWA”. Nak sebut nama-nama makanan yang ada pun pemalas. Ini kes takut terlepas babak-babak romen-romen dalam cerita SEMBILU KASIH la ni.

7. Ada nak tambah? Ha..tambah untuk nombor berikutnya..hee

Kalau nak beza dari segi kualiti..dua-dua jenis kedai aku pernah ada tragedi hitam. Kalau kat Kedai Mamak, lalat bersalutkan rempah ayam dan di Kedai Melayu ikan siakap tiga rasa berintikan ulat-ulat sampah. Amacam? Ada bran??

Ini antara apa yang aku lalui sepanjang aku hidup 25 tahun di dunia ini. Semua nya bukannya sempurna tapi apa salah berikan servis yang terbaik walaupun makanan tak sesedap mana. Sejuk perut mak korang kalau ada yang puji servis korang. Kan??

Sila kasi komen jika anda setuju dengan reviu saya ini..hee


One Comment on “(Reviu) Kedai Mamak vs Kedai Melayu”

  1. fikiranpemuda berkata:

    setuju..curi gambar sekali ye


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s