‘Why can’t I copy large files over 4GB to my USB flash drive / External Hardisk ?’


USB Flash Drive

Ini kerana anda memiliki USB Flash Drive / Hardisk / Thumbdrive dalam sistem fail berformat FAT32.

Format FAT32 dibuat untuk menampung saiz yang tertentu dan semestinya mempunyai had tertentu (4GB) . Ia telah lama direkabentuk (Ketika pembangunan Windows 95) dan ketika itu tidak banyak fail / dokumen yang mencapai tahap saiz fail sepertimana sekarang.

Jadi pengubahsuaian yang telah berlaku untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan terbinanya sistem fail yang baru berformat NTFS dan ia tidak mempunyai sebarang had saiz. Dalam permasalahan ini anda hanya perlu tukar (Format)

Bagaimana untuk menukar dari FAT32 kepada NTFS ?

Perhatian : Backup data anda terlebih dahulu sebelum format oleh kerana data anda akan hilang selepas diformat

1. Right Click pada USB Flash Drive / Hardisk / Thumbdrive dan pilih ‘Format’ pada ‘My Computer’ folder

1format-flash-drive-menu-sm

2. Pilih Format daripada menu tersebut, kemudian pergi pada File System :

2format-flash-drive

3. Pastikan anda memilih NTFS di dalam File System tadi dan anda juga boleh memilih pilihan Quick Format, yang mana boleh mempercepatkan proses format tersebut.

4. Kemudian klik Start, dan Windows akan pop-up sekali lagi untuk kepastian memadam / format data yang ada. Dan klik ‘OK’

3format-flash-drive-warning

5. Selesai.

Perhatian : Backup data anda terlebih dahulu sebelum format oleh kerana data anda akan hilang selepas diformat

Sekarang anda boleh memindahkan fail / data anda di dalam USB Flash Drive / Hardisk / Thumbdrive yang bersaiz besar daripada 4GB.

Selamat mencuba~



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s